Wednesday, February 4, 2009

SELAMAT DATANG

Glitter Words


Hai selamat datang ke Rose Collection. Kalau ada yang berminat dengan kain sulam dari bukit tinggi indonesia, jom lah singgah. Rose Collection ni dibina untuk berkongsi dengan kawan2 yang minat dengan kain sulam.

Kain sulam Bukit tinggi-sumatera barat Indonesia ni memang cantik. Sulaman Bukittinggi tidak sama dengan sulaman dari Jawa (Tasik malaya), Bandung, Jakarta mahupun local (malaysia). Hasil sulaman Bukittinggi sangat unik kerana sulamannya yang mewah, tebal, timbul dan mempunyai kualiti yang tinggi. Sulaman tangan sememangnya sangat unik kerana ianya dijahit dengan tangan tanpa menggunakan mesin seperti jenis-jenis sulaman lain.Sulaman tangan terdiri dari beberapa jenis, diantaranya :
  • sulaman kepala peniti
  • sulaman benang
  • sulaman reben
  • sulaman cabut benang
Kalau sesapa berminat, jom la tengok....

Catatan Perjalanan Ke Bukit Tinggi....

Kilang Hajah Rosma di Bukit Tinggi.....boleh tengok macamana nak menyulam kain


Ini pula tuan punya kilang tu, Hajah Rosma. Memandangkan nama sama...kena la bergambar berdua. ....seorang dah tua, yang seorang lagi tu pun dah tak berapa muda.



Inilah kain-kain kat kedai Hajah Rosma....memang cantik2 dan halus sulamannya. Tapi kat sini harganya agak mahal sikit...tapi berbaloi sebab memang halus dan cantik sangat. Dengar ceritanya... Hajah Rosma ni merupakan pelopor sulaman di Bukit Tinggi...dia buat kerja tu masa muda lagi.



Ini pula namanya Pasar Atas. Kat sini lah tempat shopping kain...lebih murah dari kedai Hajah Rosma, kualitinya pun bagus. Kat sini boleh lah kalau nak tawar banyak2 pun..itupun kalau pandai la...



NEW ARRIVAL
JOM TENGOK UNTUK HARI RAYA NANTI